Pages

Jumaat, 26 Mac 2010

Pelajar

Hidup sebagai pelajar ni betul-betul kena sabar. Sabar yang teramat sangat. Dengan test yang bertimbun-timbun,assignments, report, projek yang tak tahu hujung dan pangkalnya, sangat tertekan.Kena present pulak tu.huh.

Dua hari lepas, test BEE3243 POWER SYSTEM. Memang salah aku study last minute, tapi aku study. Tapi tak leh jawab gak.Rasa macam tak berguna langsung.Apa yang aku study satu malam, tak tidur(nak tidur, tapi tak leh lena!), rasa macam tak berguna langsung. BAIK TAK STUDY!Aku bodoh ker?
(Sampai aku boleh taip gini, memang aku down yang teramat sangat!)

Semalam 26/3/2010 test BEE3213 DIGITAL SIGNAL PROCESSING. Pun sama cam power system. tak leh jawab.Mesti kena lagi dengan Puan Farha lepas ni. Aku tak serik-serik ke? kena marah, kena basuh ngan puan tu? Memang salah aku study satu malam dan last-last apa yang aku blaja jadi bolot dan aku mabuk. banyak sangat properties dan jalan kerja.

Aku dah tak sefokus masa aku belajar di politeknik.Aku tak tahu kenapa jadi macam ni. mungkin sebab kawan-kawan, persekitaran baru, ada internet, ada meja study yang besar, tempat yang sangat selesa, katil yang empuk(poli pun empuk gk, =>), ada laptop sendiri dan macam-macamlah. Tapi sepatutnya aku lebih selesa dan bersemangat. wani boleh dapat 3.00 sth, tak kan aku tak leh! Aku dengan wani dulu sama-sama dapat akj, patutnya kat sini pun sama, tapi aku blaja main-main kot.ENTAH. NUR HAAFIZAH BINTI ZAHARI, come on la, BANGKIT!

Aku jadi tak bersemangat. Aku pun tak tahu kenapa. Cuma satu sebab yang bermain di fikiranku sekarang. Aku tak tunaikan janji aku pada yang MAHA ESA.ALLAH. Pada masa entri ini ditulis, aku masih banyak berhutang dengan DIA. Aku tak puasa nazar lagi!!!
Mungkin tu sebab yang utama. Tidak menjaga hubungan dengan Allah.

Umi dengan abah lagi. Atau ada apa-apa yang aku buat zaman-zaman dulu, menyebabkan aku jadi begini? entah aku tak tahu. @ Ini jalan Allah tunjukkan pada aku, supaya sedar.Atau juga ini dugaan untuk aku. Aku yang kena kawal semua nie. Bukan orang lain. Nak stop dah. Tak tahu nak tulis ape agi =>)

Apa-apa sekali pun, BACK TO ALLAH.